Tuesday, August 3, 2010

duit..???

                       Seumur hidup aku, aku tak pernah sangka yang duit itu begitu penting. Bagi aku, cukuplah sekadar kehidupan yang sederhana yang tak perlu risau akan apa-apa masalah dunia yang hanya pentingkan wang ringgit dan status hidup. Aku tak pernah bermimpi untuk jadi yang terkaya ataupun yang paling hebat di antara umat-umatNya. Namun, semakin hari dunia semakin berubah. Atau mungkin lebih tepat jika aku katakan manusia semakin hari semakin berubah prinsip hidup mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa duit bukanlah segalanya. Kebahagiaan bukan datangnya daripada duit tetapi kehidupan yang lebih bermakna.

                       Manusia, hanya mementingkan sesuatu yang boleh diukur, dibezakan dan dinilai. Tahukah mereka bahawa pada hakikatnya kita semua sama. Aku benci melihat keadaan dunia sekarang. Disebabkan mereka-mereka yang terlalu taksub mengejar harta dunia, mereka memaksa aku untuk ikut sama. Saban hari masalah yang aku alami semuanya berkisar tentang duit, walaupun aku tidak pernah kurang makan dan pakai.

                      Suatu masa dahulu, duit tiada nilainya. Ibarat sehelai daun sirih cukup untuk membeli keperluan seharian. Namun, dunia yang semakin hari hilang erti sebenar kebahgiaan kini membelengu aku. Aku binggung. Aku rasa diriku bodoh, bersama mereka- mereka yang ternyata bodoh untuk mengejar sesuatu yang tidak akan kekal. Mereka lupa, alpa bahawa suatu masa nanti kita semua akan kembali pada kehidupan yang mana duit tiada nilainya.

                      Saban hari aku dibebani dengan rintihan, rengekan, dan bebelan betapa pentingnya duit. Hidup aku menjadi semakin tidak bermakna kerana duit mengukur segalanya. Duit, duit dan duit. Hanya itu yang mereka pentingkan. Alasan mereka, duit mampu memberikan mereka sebuah kehidupan yang senang, bernilai dan menjadikan mereka kebal. Manusia kini lebih mementingkan apa yang tidak kekal daripada apa yang seharusnya mereka kejar.

                     Aku bukanlah seorang yang alim. Aku juga tidak mempunyai pengetahuan agama yang tinggi, cukuplah sekadar untuk aku sedar bahawa Yang Mencipta itu adalah Yang Kuasa dan aku hidup kerana Dia. Namun, ilmu pengetahuan yang dulu tinggi nilai dan martabatnya kini dipandang sebalah mata. Kejayaan yang dahulunya bermaksud mempunyai hidup yang bahagia kini disalah ertikan dengan nilai dan jumlah duit yang ada.

                    Bodoh! Aku rasa kami semua bodoh! Bodoh kerana terlalu memikirkan pada sesuatu yang hakikatnya bukan milik kita. Kerana duit, semua janji menjadi kata. Kerana duit, semua kata menjadi dusta. Ah, aku sedih! Sedih kerana semuanya hanya suka memandang orang sebelah mata. Yang paling kaya dan berkuasa disanjung, walau jahatnya tiada beza dengan yang dilaknat Tuhan, manakala yang miskin dan tiada punya apa-apa dipandang hina walaupun mereka mempunyai hati yang mulia.

                   Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza, tapi pada hakikatnya mereka semua ingin berjaya. Bukanlah berjaya yang mencapai suatu makna, tetapi berjaya yang dihujani oleh wang yang memenuhi ruang hidupnya. Aku tidak salahkan sesiapa jika ingin mendapatkan apa yang mereka inginkan. Tapi, perlukah mereka berdusta, menjatuhkan sesame sendiri dan perlukah mereka sering memandang hina antara satu sama lain. Bosan! Sungguh aku bosan hidup di dalam dunia. Kerana dunia kini memandang semua atas taraf, harta, pangkat dan rupa.

                  Kerana duit kita berbunuhan sesama kita. Kerana duit kita jadi alpa. Kerana duit kita jadi riak, takbur dan kerana duit juga kita lupa siapa kita. Satu kisah pernah ku dengar, seorang anak tergamak membunuh ibunya, yang telah berlawan dengan maut, menyerahkan nyawanya untuk dia, dan yang telah korbankan segalanya hanya untuk dia. Kerana apa? Kerana wang, duit yang dibangga-banggakan oleh semua. Demi duit, ibu dan anak tiada makna, kerana duit adik beradik terputus hubungannya dan kerana duit kita akan buat apa saja.

                  Kini, disebabkan semua, atau mungkin aku sendiri telah tersedar, aku mula mencari harta. Harta dunia yang kekalnya sementara. Namun, harta, wang, duit yang ku kejar bukanlah kerana aku terlalu inginkannya, tetapi kerana hanya itu sahaja cara untuk aku membuktikan siapa aku pada mereka-mereka semua. Suatu masa nanti, apabila kita semua akan dinilai dengan hanya siapa kita, barulah mereka akan sedar, dan mungkin juga aku akan kembali sedar, bahawa sebanyak mana pun duit yang kita semua ada, hanya Dia yang akan menilai kita.

                  Ya ALLAH, aku doa padaMu. Jauhkanlah aku daripada segala ujian dan dugaanMu, yang mampu mengubah prinsip hidupku. Aku tak ingin hidup kerana duit. Biarlah aku hidup demi sebuah kehidupan yang bermakna. Bermakna seperti sebuah kejayaan bukan kerana duit, tetapi kerana ilmu yang kupelajari. Bermakna yang datang dari sebuah ikatan yang kukuh dan akrab. Bermakna kerana segala amalanku yang Kau perintahkan. Bermakna kerana pada akhirnya, aku sedar bahawa duit bukanlah segalanya....

2 comments:

  1. kebanyakan manusia dewasa ini telah mengubah arah kiblat mereka kepada raja kertas. aku tak salahkan mereka, tak pula pada sekeping kertas yang disanjung itu. tapi hati yang tak pernah cukup membawa mereka ke pintu-pintu tamak, bermegah-megah. sering kali lupa bahawa kita semua dari tanah, dan ke tanah juga kita kembali. tiada guna pangkat dan harta jika hati tak tenang. tidak ada beza kita semua, kecuali dengan takwa. aku berpesan pada diri aku, juga pada kita semua, marilah, kita cari kebahagian hakiki, bkn yang sementara. kerana, semuanya sirna.

    ReplyDelete
  2. betul tu..setuju sangat2..mungkin keadaan dunia yang semakin hari semakin mewah ni memaksa kita smua terpaksa akur pada kekuasaan duit..tapi bagi aku..kita leh wt pilihan sendri..nway..thnks komen.. :)

    ReplyDelete