Saturday, August 14, 2010

trying to be a novelist...ahaks..!

huhu..aku ske gler tlis2 cerita ni..sbbnya..aku mmg kuat berimiginasi..ahaks..so..aku ske wt cerita2 yang kdg2 dkat sgt ngn hati aku..either aku pnah ngalaminya sndri or rkan2 yg rpat dgn aku mngalaminya..ahaks..so this is the 1st draft..harap2 enjoy r..ahaks..

<3<3Kring!!!! Argh!! Deringan bunyi telefon bimbit memaksa aku untuk bangun. Jam menunjukkan tepat pada pukul tujuh pagi. Rasanya masih awal lagi untuk aku bersiap, lalu aku cuba melelapkan mata kembali. Sebelum sempat aku lena, ketukan pintu mula memecahkan telinga. “Girl! Bangun! Dah kul bape da ni!” “Aduh, mama ni..Yelah, yelah! Nak bangun la ni!” Dengan langkah yang malas aku menuju ke bili air untuk mandi. Lebih kurang satu setengah jam kemudian, aku telah pun siap untuk memulakan hari pertamaku sebagai seorang pelajar kolej.


Aduh, rasa macam dah lambat dah ni.! Nasib baik papa hanta tadi.” Getus hati kecilku. Dalam kegopohan aku melangkah masuk ke kolej ku, aku ternampak seorang lelaki sedang menghisap rokok di luar pintu kolej. Dia kelihatan segak dan kemas dengan memakai baju kemeja dan berseluar slack. Niat yang ingin menegur menghadiahkan dia seukir senyuman, namun dia hanya memandang aku dengan muka selambanya. “Eish!! Sombong giler! Ingat aku heran ke ko tu hensem!” Aku meneruskan langkah dengan cepat menuju ke dewan orientasi.

Selepas seminggu menghadapi orientasi, kami dibahagikan kepada dua kelas. Nasibku baik kerana ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan baruku iaitu Edora dan Fey. “Eh, mamat tu satu kelas dengan aku? Ah, lantaklah!” Hari-hari aku di kolej berjalan seperti biasa. Pada minggu ketiga belajar, kami ditugaskan untuk mereka satu cerita bersama ahli kumpulan dan mempersembahkannya di hadapan satu kelas. Aku bersama rakan-rakanku beserta dua lagi kawan sekelasku, Adam dan Ezany membuat satu kumpulan dan aku dilantik menjadi ketua.

“Weh, pompuan! Kau tahu tak bape lama aku tunggu kau kat sini, macam orang bodoh! Kau buta ke hah, tak nampak kitorang terpacak kat depan pintu kolej ni??!! Bodoh betul! Kalau kau da tak nak sangat buat kerja, bagila tahu awal-awal!” “Eh, pesal kau marah aku tetiba ni? Kan aku cakap nanti aku jumpa korang, sekarang ni aku nak pergi makan. Salah ke?” “Memanglah tak salah, tapi gunalah otak kau tu sikit! Pe kejadahnya kitorang terpacak kat depan ni tunggu kau, pastu kau terus nak blah!” “Alah, siapa suruh kau tunggu aku?” “Aku tunggu sebab nak siapkan assignment tu la bodoh!” “Ah, macam aku kisah lak? Kan aku dah cakap, aku sibuk!” “Sibuklah sangat! Ah, aku tak kira! Mulai hari ni, aku keluarkan kau dari group kitorang!! Faham!” kemarahan aku tidak dapat lagi dibendung. Sikap Edora yang sambil lewa membuatkan aku naik marah dan terusan memakinya di hadapan pintu kolej. Biarlah walaupun semua nampak, dan mungkin aku akan malu, aku tak kisah, asalkan aku puas.

Selepas kes pertengkaran aku dengan Edora, semua pelajar perempuan seakan-akan tidak suka pada aku. Aku mula beralih tempat duduk daripada depan ke belakang bersama Adam dan Ezany. “Aduh, duduk sebelah mamat ni la plak.” “Weh, Ad! Kau dah siap belum skrip tu??” jerit Adam. “Dah lah! Jap.....Erk, boleh tolong bagikan kertas ni kat dia tak?” Nak tak nak aku terpaksa menegur budak itu, melihatkan keadaan kelas yang sesak dan susah untuk aku bergerak. Dia hanya menyambutnya dengan muka yang selamba. “Terima kasih!”

huhu..okay..that's all for now..to be continue..ngee~

4 comments: